Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Peristiwa Sedih Yang Tidak Dapat Saya Lupakan, by Anis Basyirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Anis Basyirah
Title:Peristiwa Sedih Yang Tidak Dapat Saya Lupakan
2009-03-28 19:10

             Aku ada seorang datuk yang baik hati.Dia tinggal bersama sama kami sejak nenekku meniggal dunia lima tahun yang lalu.Datuku ini amat menyayangiku.Aku juga amat menyayangi datukku ini.

             Datukku sangat rajin.Tubuh badannya masi sihat dan kuat walaupun umurnya telh menjabgkau 75 tahun.Dia tidak pernah mengharap kan bantuan oarng lain unutuk menguruskan sesuatu.Hal ini mungkin kerana sikap dan disiplin dirinya yang telah terbentuk semenjak dia bertugas dalam tentera dahulu.

             Peperiksaan UPSR kian hampir.datuk telah berjanji untuk menghadiahkan sebuah basikal kepadaku jika aku lulus dengan cemerlang.Dari hari ke hari,aku mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.Aku ingin membuktikan kepada datuk bahawa cucu kesayanganya ini tidak akan menghampakannya.

                Keputusan peperiksaan UPSR tela pun diumumkan.Aku berjaya mendapat keputusan yang sungguh cemerlang dan diumumkan sebagai murid terbaik disekolahku.Datukku berasa sungguh bangga akan kejayaan ku.Tanpa berlengah-lengah lagidi pun pergi ke kedai untuk membelikkan sebuah basikal untuk ku.Akun menantinya di rumah dengan perasaan yang tidak sabar.

                 Dalam pernantian ku itu,tiba-tiba deringan telefon mengganguku.Ibuku pun menjawab panggilan telefon itu.Alangkah hancur hatiku apabila diberitahu datukku terlibat dalam kecelakaan jalan raya.Tanpa membuang masa,ibuku terus menghubungi ayahku.Kami bergegas ke hospital,tempat datukku dirawat.Namun,tuhan lebih menyayangi dirinya.Dia telah meniggalkan kami buat selama lamanya.

         Itulah suatu peristiwa sedih yanh tidak dapat kulupakan dalam hidupku.Kehilangan datukku ketuka hari kegembiraanku adalah sesuatuyang amat menyedihkan.
 

Submit a comment:

Name