Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah-faedah membaca buku, by Iman Najlaa
Contoh Karangan UPSR
Name:Iman Najlaa
Title:Faedah-faedah membaca buku
2009-03-27 23:23
         Setiap orang mempunyai hobi masing-masing.Saya juga mempunyai hobi yang mungkin remaja zaman sekarang kurang meminati hobi saya ini. Hobi saya membaca buku. Saya suka membaca buku terutamanya tentang buku sains fiksyen atau novel tebal Bahasa Inggeris.

         Ramai berpendapat bahawa hobi membaca buku ini hanya membazirkan masa dan membosankan tetapi tidak bagi saya. Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat yang tidak benar ini. Membaca buku sangat menyeronokkan dan mengisi masa terluang saya.

         Membaca buku banyak faedahnya. Antaranya kita dapat mengetahui ejaaan sesuatu perkataan melalui buku yang kita baca. Bukankah ketika menjawab kertas penulisan, ejaan sangat penting? Jadi, apabila kita mengetahui ejaan sesuatu perkataan, ia akan memudahkan kita menjawab kertas penulisan.

        Seterusnya, hobi membaca buku juga dapat menambah ilmu yang kita ketahui. Ilmu yang kita pelajari sangat terbatas. Tidak ada salahnya kalu kita cuba menambah ilmu yang sedia ada dalam diri kita dengan membeli buku-buku ilmiah dan sejarah.

        Hobi membaca ini sangat murah dan berpatutan berbanding hobi-hobi lain yang mungkin megeluarkan lebih lagi kepingan-kepingan duit dari dompet ibu bapa atau dompet kita sendiri. Mungkin dalam sebulan kita hanya membeli empat buah buku. Bukankah itu menjimatkan?

        Harapan saya semoga sikap gemar membaca ini disemai dalam diri setiap masyarakat di Malaysia tidak mengira usia, agama mahupun bangsa. Saya juga berharap agar saya dapat menambah lebih banyak ilmu lagi untuk diri saya.

Nukilan,

-Iman Najlaa-

______________
 

Submit a comment:

Name