Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar persekolahan atau ketika musim cuti persekolahn .Ketika ini,kelas tambahan seakan-akan sudah menjadi suatu kewajiban bagi mana-mana sekolah.Pihak ibu-bapa pula beranggapan kelas tambahan ini perlu bagi meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak mereka.
Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu-bapa kerana kelas ini dapat diikuti oleh murid-murid secara percuma.Selain itu,tenaga pengajarnya pula terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri.Hal ini menyebabkan kelas tambahan sering mendapat sambutan daripada ibu-bapa dan murid-murid.
Kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih kefahaman kepada murid-murid.Murid-murid yang lemah akan diberikan akan diberikan lebih tumpuan kerana kelas ini tidak menekankan silibus.Oleh itu,kelas ini banyak membantu murid-murid sederhana dan lemah untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran.
Selain itu,kelas tambahan juga memberi peluang kepada murid untuk bertanya dan mendapatkan maklumat tentang mata pelajaran yang tidak difahami oleh mereka.Semasa di dalam sesi kelas biasa,murid-murid kekurangan masa untuk bertanya dan bersoal jawab dengan guru mereka.Oleh itu,semasa berada di kelas tambahan guru dan murid dapat berinteraksi dengan lebih dekat untuk meningkatkan penguasaan dalam sesuatu mata pelajaran.
Seterusnya,kelas tambahan juga membantu murig-murid mengulahg kaji secara terancang,terutamanya pada waktu cuti persekolahan.Dengan adanya kelas ini,mereka tidak membuang masa begitu sahaja.Masa bukan sahaja dapat diisi dengan kegiatan yang berfaedah,malah murid-murid dapat meningkatkanprestasi mereka dalam pelajaran.
Kesimpulannya,kelas tambahan banyak membawa manfaat kepada murid-murid.Oleh itu,ibu-bapa harus menggalakkan anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Sekian,terima kasih. |