Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah jam dinding, by adib@jyn
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu adib@jyn
Title:aku sebuah jam dinding
2010-08-31 15:04
 
 
 
Namaku “Orient”. Aku berasal dari sebuah kilang yang terletak di Gong Badak. Manusia memerlukan khidmatku untuk mengetahui masa. Aku amat berguna dalam kehidupan harian mereka.  
 
 
 
 
Aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar ke sebuah kedai jam di bandar Kuala Terengganu. Di situ, aku dan kawan-kawanku diletakkan di dalam almari yang dihias cantik untuk dipamerkan kepada pelanggan.  
 
 
 
 
Setelah seminggu berada di kedai itu, aku dibeli oleh seorang lelaki. Beliau begitu tertarik hati dengan rupaku yang direka bentuk mengikut aliran semasa. Aku berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawanku.  
 
 
 
 
Tuan aku seorang yang bertanggungjawab dan mementingkan masa. Dia berpegang pada prinsip ‘masa itu emas”. Tuan aku melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti membaca,bersukan dan beribadat. Setiap kali berjanji, tuan aku tidak pernah memungkirinya. Kini, aku menjadi penghuni setia di rumahnya. Aku digantung di dinding di dalam biliknya.  
 
 
 
 
Nasib malang telah menimpaku apabila pada suatu hari rumah tuan aku terbakar. Tidak ada siapa yang sempat menyelamatkanku. Aku menyerahkan nasibku kepada keadaan. Api yang marak membaham tubuhku. Akhirnya, badanku tinggal rangka.  
 

 

Rathiyatul, (2019-01-02 19:04)
Best jugak😀😀😀
 
Submit a comment:

Name