Welcome!

Contoh Karangan UPSR: usaha-usaha untuk memelihara permainan tradisional agar tidak pupus, by 薰衣草
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor 薰衣草
Title:usaha-usaha untuk memelihara permainan tradisional agar tidak pupus
2010-08-30 18:19
Dalam era globa;isasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Antara permainan tradisional tersebut ialah permainan gasing, wau dan congkak. Hal ini, terjadi kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video dan permainan komputer berleluasa di pasaran menjadikan permainan tradisional bagai melukut di tepi gantang. Oleh itu, usaha-usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini teutamanya kepada generasi muda.

Salah satu usaha yang patut diambil bagi mempopularkan permainan tradisional ialah melalui sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisonal melalui penubuhan kelab atau persatuan di sekolah masing-masing. Guru-guru juga perlu diberikan pendedahan dan latihan secukupnya supaya mereka dapat membimbing para pelajar untuk bermain permainan tersebut.

Selain itu, pihak yang tertentu terytamanya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan harus mengorak langkah untuk mempopularkan permainan tradisonal semula dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat kebangsaan atau negeri.Pepatah melayu ada mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta.

Acara ini juga perlu dikomersialkan supaya dapat menarik minat penganjur atau syarikat-syarikat besar untuk menajanya. Salah satu daripada caranya ialah acara sukan hendaklah dipromosikan semasa Sukan SEA Vietnam supaya dapat menarik minat negera lain.

Kesimpulannya, usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus dipandangenteng keranan permainan ini merupakan khazanah dan warisan negara yang harus dipelihara supaya tidak dilapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Jika tidak, permainan tradisonal mungkin hanya akan dapat ditonton di muzium oleh generasi yang akan datang.
 

Submit a comment:

Name