Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Karangan peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya, by ina
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang ina
Title:Karangan peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya
2010-08-22 15:07
        Masyarakat Melayu memang kaya dengan bahasa kiasannya.Malah bahasa kiasan begitu popular di kalangan orang Melayu sejak sekian lama.Sebab itulah banyak terhimpun    peribahasa dalam khazanah kesusasteraan tradisional bangsa.Sstu daripadanya ialah "Melentur buluh biarlah dari rebungnya."  
          
        Peribahasa "Melentur buluh,biarlah dari rebungnya"bermaksud "kalau hendak mendidik dan melatihanak,biarlah sejak mereka kecil lagi."anak kecil diibarat sebagai rebung yang masih lembut dan mudah dilentur.Anak kecil tidak ubah seperti kain putih bersih yang boleh dilakari dengan pelbagai corak dan warna.  
 
        Kalau"rebung"lembut dan mudah dilentur,sama juga keadaannya dengan ank kecil yang masih lembut dan mudah dibentuk mengikut kehendak ibu bapanya.Dengan kata-kata lain,ibu bapalah yang membentuk anak-anak mereka sama ada hendak menjadi Majusi,Nasrani ataupun Muslim.  
 
        "Melentur dari rebung"memberi iktibar kepada ibu bapa sekarang    supaya jangan mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik dan memberi nilai murni yang baik ketika anak-anak masih kecil.Kalau sudah menjadi buluh,maka tidak ada gunanya,sebab amat sukar hendak dilentur lagi.  
 
         Pendek kata,anak-anak    dewasa tidak menimbulkan masalah kalau mereka benar-benar telah diberi didikan budi,nilai murni dan asuhan agama yang kukuh dan betul sejak kecil.Masalah sosial sekarang disebabkan anak-anak tidak diberi asuhan dan didikan murni yang sempurna sejak mereka kecil.  
 
            Orang Melayu memang terkenal dengan pelbagai jenis peribahasanya.Pada peribahasa tersebut tersirat nasihat dan pengajaran berguna untuk menjadi panduan hidup."Melentur buluh biarlah dari rebungnya" menasihati ibu bapa agar mendidik anak-anak ketika mereka masih kecil supaya kita tidak letih berleter dan memarahi mereka apabila sudah dewasa kelak.                            
 

, (2018-06-12 14:51)
Very nice
 
Submit a comment:

Name