Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cerita-Pengalaman Di Kampung, by A Pavethra
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan A Pavethra
Title:Cerita-Pengalaman Di Kampung
2010-08-21 23:49
    Pada cuti penggal bersamaan dengan 2 Jun 2010 yang lalu, saya dan keluarga saya telah mendapat peluang untuk bercuti di kampung.Saya tidak boleh menanti untuk pergi ke sana.Kami bersiap sedia dan pergi ke kampung pada pukul 8.00 pagi dan singgah di sana pada pukul 10.00 pagi.Kami ke kampung yang terletak di Kuala Lumpur.

    Setelah sampai di kampung,kedatangan kami telah disambut oleh datuk dan nenek dengan tangan terbuka.Saya mencium dan bersalam dengan datuk dan nenek.Mereka berasa besar hati melihat kedatangan kami sekeluarga.Nenek saya memasak makanan kegemaranku iaitu nasi lemak dan mi hun.Saya berasa suka hati untuk menikmati makanan yang disediakan oleh nenek.

     Adik-adik saya pula suka masakan nenek saya.Setelah puas menjamu selera,kami dibawa oleh datuk ke dusunnya.Saya berasa seronok melihat pelbagai jenis buah-buahan seperti durian,langsat,kelapa dan sebagaiya.Saya juga berasa gembira melihat datuk saya yang rajin memanjat pokok lalu memetik buah-buahan.

     Selepas itu, saya diberi peluang oleh datuk untuk memanjat pokok rambutan.Adik-adik saya pula menunggu saya di bawah pokok.Saya tergesa-gesa turun dari pokok apabila digigit oleh kerangga.Datuk saya ketawa terbahak-bahak dengan telatah saya.Selepas itu, saya dan adik-adik saya membantu datuk untuk mengutip buah-buahan yang gugur lalu meletakkan di dalam sebuah bakul yang besar.

     Seterusnya,peraih buah-buahan datang ke dusun datuk.Saya menolong datuk untuk mengasingkan buah-buahan yang elok dijual dan dan tidak elok.Bukan itu sahajs,kami juga dapat menikmati keindaham alam sekitar yang cantik dan indah nian.Datuk saya juga mengopek buah durian.Kami menikmati buah durian samil mendengar cerita yang diceritakan oleh datuk.Saya hampir melelapkan mata semasa berbaring di bawah pokok.Saya juga dapat peluang untuk makan buah manggis dan rambutan.

    Seterusnya,kami dibawa oleh datuk ke sungai yang terletak berhampiran dengan dusun datuk.Saya berasa seronok memancing ikan di sana.Setelah itu,saya juga telah dibawa oleh datuk untuk melihat cara menuai padi yang betul.Saya berasa kagum melihat cara-cara tersebut.Pada sebelah malam,kami juga telah dibawa oleh datuk untuk mendaki gunung yang terletak di belakang kampung.Saya berasa takut tetapi gembira untuk mendaki gunung sehingga ke puncak.

    Pada keesokan harinya,saya melihat cara datuk saya memetik buah kelapa.Datuk saya memetik buah kelapa dengan bantuan seekor monyet.Saya berasa terpaku melihat peristiwa tersebut.Selepas itu,saya dan adik-adik saya bermain dengan buah kelapa yang tidak elok dijual.Saya berasa bangga melihat dusun buah-buahan datuk yang besar dan segar.

    Pada sebelah petang,kami balik ke rumah.Saya berasa sedih untuk ,eninggalkan kampung tetapi sebelum balik saya memberi makanan untuk ayam-ayam yang dibela oleh datuk.Walaupun penat,saya berasa bangga dan ini merupakan    pengalaman baru untuk saya.Pengalaman ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.
 

Submit a comment:

Name