Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Minggu Bahasa Melayu, by fatin
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor fatin
Title:Laporan Minggu Bahasa Melayu
2010-08-21 19:14
Laporan Minggu Bahasa Melayu  
 
Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bahagia telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu yang bermula dari 12 Mei 2004 hingga 16 Mei 2004.  
 
         Objektif utama Minggu Bahasa Melayu adalah seperti berikut :  
 
Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.  
 
Memupuk minat murid supaya berkarya dan mencungkil bakat.  
 
Membantu mempertingkat penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam kalangan murid.  
 
Memberi kesedaran pentingnya Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.  
 
Minggu Bahasa Melayu telah dilancarkan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Husin untuk sesi pagi dan Tuan Haji Saari bin Harun untuk sesi petang pada 12 Mei 2004.  
 
         Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu berkenaan.  
 
Tahun 1 - Pertandingan Mewarna  
 
Tahun 2 - Pertandingan Bercerita  
 
Tahun 3 - Pertandingan Berpantun  
 
Tahun 4 - Pertandingan Mendeklamasi Sajak  
 
Tahun 5 - Pertandingan Syarahan  
 
Tahun 6 - Pertandingan Menulis Esei  
 
Terbuka kepada murid Tahap 2 - Pertandingan Melukis Poster 'Cintailah Bahasa Melayu'  
 
Murid-murid telah menunjukkan minat dan sambutan yang menggalakkan terhadap semua aktiviti yang dijalankan.  
 
Semua pertandingan telah diadili oleh guru-guru Panitia Bahasa Melayu. Sebanyak 3 hadiah disediakan bagi setiap pertandingan. Hadiah telah disumbangkan oleh pengusaha kantin sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini.  
 
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 17 Mei 2004. Tuan Guru Besar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.  
 
Disediakan oleh, 20 MEI 2004.  
 
 
(SHAHARUDIN BIN BUSU)  
Setiausaha,  
Panitia Bahasa Melayu,  
Sekolah Kebangsaan Bahagia.  
 

 

Submit a comment:

Name