Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan Perpustakaan, by Saliza Zulkifli
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Saliza Zulkifli
Title:Kebaikan Perpustakaan
2010-08-21 15:55
     Perpustakaan ialah gedung ilmu pengetahuan.Apabila kita pergi ke perpustakaan,kita akan mendapat banyak kebaikan.

     Kebaikan yang pertama ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Hal ini demikian kerana terdapat banyak buku di perpustakaan.Buku-buku tersebut seperti buku dalam bidang Sains,Sastera,Elektrikal,dan Agama.Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,kita perlu membaca buku-buku itu yang ditempatkan di perpustakaan.

     Seterusnya,apabila kita ke perpustakaan kita juga dapat menambahkan kosa kata melalui pembacaan.Di dalam buku-buku Agama,saya akan menjumpai perkataan seperti solat yang bermakna sembahyang,tadarus yang bermakna membaca al-Quran secara beramai-ramai,dan perkataan zikir bermaksud menyebut nama-nama Allah.Dalam bidang Sastera pula, kita akan menemukan perkataan salju yang bermaksud salji dan minaret yang bermakna menara.

        Selain itu,kita dapat mengisi masa lapang apabila kita pergi ke perpustakaan.Kita boleh melakukan banyak aktiviti seperti membuat rujukan,mengulang kaji pelajaran,dan meminjam buku.Saya sering pergi ke sana untuk membuat rujukan daripada buku-buku keluaran terbaharu yang terdapat di perpustakkan.Jadi,masa yang terluang saya gunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaeda di perpustakaan.

        Kebaikan perpustakaan yang keempat ialah saya dapat membaca surat khabar di sana.Di perpustakaan terdapat banyak surat khabar dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu,bahasa Inggeris,dan bashasa Mandarin serta bahasa Tamil.Semasa membaca surat khabar,saya mendapat banyak pengetahuan tentang perkara-perkara yang berlaku di dalam negeri.Baharu-baharu ini telah berlaku ribut yang mengakibatkan tiga kematian dan kecederaan di sebuah bazaar Ramadhan di Melaka.Di Pakistan pula telah berlaku banjir besar yang mengakibatkan banyak kematian dan kemusnahan.Demikian juga bencana alam yang dialami oleh penduduk di Pualu Marina,selatan Filifina.

        Akhir sekali,kita boleh mendapat pengajaran daripada buku-buku cerita yang bermoral yang terdapat di perpustakaan.Buku-buku seperti 'Bawang Merah Bawang Putih','Sang Kura-kura dan Sang Kancil',dan'Batu Belah Bstu Bertangkup' terdapat di perpustakaan.Nilai-nilai moral yang diperoleh daripada buku-buku tersebut moleklah diamalkan dalam kehidupan.

        Kesimpulannya,perpustakaan mendatangkan banyak kebaikan seperti yang telah disebutkan di atas.
 

Submit a comment:

Name