Cara mencintai negara
Semua orang di dunia ini mesti ada negara . Begitu juga dengan saya . Negara saya ialah Malaysia . Saya sangat akan negara saya . Kita mesti mencintai negara kita dengan cara - cara yang betul .
Antara cara mencintai negara ialah belajar dengan bersungguh - sungguh . Apabila kita belajar dengan bersungguh - sungguh pasti kita akan pandai . Apabila kita pandai , kita akan menjadi aset negara . Dengan cara ini kita boleh mengharumkan nama negara .
Selain itu , menjaga kebersihan juga adalah salah satu cara untuk mencintai negara . Jika kita tidak menjaga kebersihan negara , pelancong - pelancong asing tidak sudi melancong ke negara kita . Oleh itu kita haruslah menjaga kebersihan
Seterusnya , kita juga mestilah menghormati lagu negara kita iaitu ‘Negaraku’ . Semasa lagu dimainkan , kita haruslah berdiri tegak walau di mana jua . Lagu ini sangat penting .
Berdasarkan penyataan tadi nyatalah banyak cara untuk kita menghormati negara kita . Oleh itu , kita mestilah mencintai negara kita .
|