Welcome!

Contoh Karangan UPSR: karangan cerita hari penyampaian hadiah, by yuki@
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor yuki@
Title:karangan cerita hari penyampaian hadiah
2010-08-20 19:19
            Pada hari Isnin yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sungai Telur telah mengadakan majlis penyampaian hadiah. Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid sekolah. Murid-murid bertungkus-lumus membersihkan dewan untuk digunakan.

            Ramai ibu bapa murid datang. Ada yang kelihatan gembira dan ada juga yang kelihatan risau. Maklumlah keputusan UPSR akan diumumkan pada hari tersebut. Pada pukul 8:45 pagi, ibu bapa masuk ke dalam dewan manakala murid-murid yang menerima hadiah diasingkan.

            Sementara mununggu tetamu kehormat, ibu bapa ditayangkan dengan gambar murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan aktivi kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Kehadiran tetamu kehormat iaitu pegawai pelajaran daerah diiringi dengan paluan kompang oleh murid-murid sekolah.

            Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Terdapat 21 orang murid yang telah mendapat 5A. Keputusan ini sungguh membanggakan dan memberansangkan. Malahan bilangannya lebih banyak daripada tahun sebelumnya.

            Tokoh Murid pada tahun ini telah dimenangi oleh Adik Nuratikah binti Ahmad. Manakala Adik Hafizul bin Ali telah mendapat anugerah Tokoh Kokurikulum kerana telah membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan. Tidak lupa juga murid-murid yang telah berjaya pada peperiksaan akhir tahun.

            Beberapa buah persembahan seperti sketsa, nasyid dan tarian tradisional iaitu zapin. Majlis ini tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Sebelum bersurai, tetamu yang hadir bersama-sama menyanyikan lagu 'Negaraku'. Selepas selesai tetamu pulang dengan membawa cenderahati yang diberi oleh pihak sekolah.

            
 

Submit a comment:

Name