Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebaikan komputer , by iIrina
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah iIrina
Title:kebaikan komputer
2010-08-20 10:32
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru ,malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi.Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.dalam konteks pendidikan ,ia berpotensi sebagai alat untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran.Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan.

Hal ini dibuktikan apabila pelajar yang mahir menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.

     selain itu,kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

        Akhir sekali,para pelajar akan menemui maklumat dan bahan-bahan yang amat berguna untuk pembelajaran mereka.Nola dan Martin(1994)menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana

baru seperti menggunakan internet di sekolah telah mwembawa banyak perubahan kepada pelajar.Pelajar didapati lebih mahir membuat dan lebih berfikiran secara kritis.    

        Jelaslah bahawa pelajar yang mahir mengggunakan kemudahan komputer mendapat peluang yang lebih banyak menuju ke mercu kejayaan.


 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name