Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ucapan perpisahan antara semua murid tahun enam dengan guru-guru sekolah., by Siti Laili Najiehah
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Siti Laili Najiehah
Title:Ucapan perpisahan antara semua murid tahun enam dengan guru-guru sekolah.
2010-08-20 01:01
        Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.Yang dihormati Tuan Guru Besar,guru-guru,serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.

        Kami berasa sungguh bertuah kerana bersekolah di sekolah ini,apatah lagi mempunyai guru-guru yang sangat bertanggungjawab dan berdedikasi.Guru mendidik kami bukan sahaja untuk berjaya dalam peperiksaan malah membimbing kami menjadi insan yang mulia dan berguna.

        Pada kesempatan yang terakhir ini.izinkanlah kami memohon ampun dan maaf dia atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan.Restuilah kami dalam menuntut ilmu pengetahuan.Semoga keringat yang guru titiskan untuk kami akan menjadi azimat dan pedoman untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

        Perpisahan ini akan menguatkan semangat kami untuk terus berjuang mencari ilmu pengetahuan dan langkah pertama nanti kami jadikan sebagai titik kecemerlangan.

        Akhir kata,dengarlah serangkap pantun daripada kami.

Kalau ada sumur di ladang,

             Boleh kami menumpang mandi,

Kalu ada umur yang panjang,

             Esok kita beejumpa lagi
 

Submit a comment:

Name