Welcome!

Contoh Karangan UPSR: CARA -CARA MENJAGA KEBERSIHAN, by THASH
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor THASH
Title:CARA -CARA MENJAGA KEBERSIHAN
2010-08-19 19:52
     Kebersihan ialah suatu perkara yang penting dalam kehidupan kita.Jika kta menjaga kebersihan kita,kesihatan kita pasti terjamin.Oleh itu,kita haruslah menjaga kebersihan kita.

     Ada banyak cara untuk kita menjaga kebersihan.Antaranya,

Kita haruslah menjaga kebersihan diri kita.Kita boleh berbuat demikian dengan memotong kuku,mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan sebagainya.Dengan ini,pasti kita boleh menjaga kebersihan diri kita.

     Selain itu,kita hendaklah menjaga kebersihan tempat    tinggal kita.Untuk itu,kita hendaklah menyapyu lantai,

Mencuci halaman rumah dan sebagainya. Dengan demikian,kita bolehlah menjaga kebersihan tempat tinggal kita.

     Seterusnya,kita mestilah menjaga kebersihan makanan dan minuman kita. Kita tidak boleh makan makanan yang telah dihinggap lalat.    Kita juga mestilah pandai memilih restoran yang bersih untuk kita makan di sana.

     Di samping itu,kita sewajarnya menjaga kebersihan    alam sekitar.    Kita boleh berbuat demikian dengan mengadakan aktiviti gotong-royong dengan jiran-jiran kita.    Dengan ini,kita bukan sahaja dapat menjaga kebersihan alam sekitar,malah kita juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan jiran kita.

     Dengan berbuat demikian,bolehlah kita menjaga kebersihan.    Jika kita hendak hidup sihat,kita haruslah menjaga kebersihan.    Amalan menjaga kebersihan harus dipupuk dalam kalangan masyarakat termasuklah kanak-kanak bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.


 

Submit a comment:

Name