Ilmu dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.Hal ini bertepatan dengan peribahasa "Ilmu pelita hidup".Semua orang harus menuntut ilmu.
Ilmu dapat meningkatkan taraf hidup kita.Dengan adanya ilmu,kita dapat mencari peluang pekerjaan yang baik.Melalui pekerjaan kita akan dapat menanggung nafkah hidup dan tidak perlu bergantung kepada orang lain.
Selain itu,ilmu membolehkan kita hidup dalam keadaan aman dan damai.Seseorang yang berilmu tidak akan bertindak sesuka hatinya.Mereka akan berfikir secara mendalamsebelum membuat keputusan.Oleh itu,pertengkaran dan perselisihan faham antara satu sama lain dapat dielakkan.Dengan itu,wujudlah masyarakat yang harmoni.
Ilmu mampu meningkatkan ekonomi negara juga yang kini kian meleset.Dengan ilmu,seseorang dapat meneroka pelbagai bidang baru.
Seterusnya,lahirlah tenaga-tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan,ekonomi,perubatan dan sebagainya.Dengan demikian kita tidak perlu lagi membawa pakar-pakar dari luar untuk bekerja di negara kita.
Kesimpulannya,ilmu sangat berharga.Ilmu lebih penting daripada wang ringgit.Oleh itu,orang harus menimba ilmu sebanyak mungkin. |