Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Cuti Sekolah Yang Lepas, by Vesharmen Naanjil
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Vesharmen Naanjil
Title:Pengalaman Cuti Sekolah Yang Lepas
2010-08-13 21:10
     Pada cuti semester yang lalu, saya dan keluarga saya melancong ke negara Thailand. Kami pergi ke situ dengan menaiki kapal terbang. perjalanan ke situ masa selama empat jam.

    

                 Kami sampai di lapangan terbang kira-kira pada pukul 3.00 petang. selepas pemeriksaan kastam, kami dibenarkan masuk. Kelihatan negara tersebut sungguh canggih dan moden.

                 Kami memasuki sebuah teksi untuk pergi ke hotel yang kami tempah melalui internet. Perjalanan ke hotel itu mengambil masa selama setengah jam dari lapangan terbang itu.

Ibu saya mengambil kunci bilik kami dari kaunter dan terus kami ke bilik. Kami menggunakan lif untuk ke bilik. Kami meletakkan beg – beg yang kami bawa ke dalam bilik.

Selepas menukar baju, kami pergi ke sebuah restoran yang berdekatan dengan hotel untuk makan. Makanan di restoran itu sungguh lazat. Kami membeli-belah di sebuah pasar-raya yang terbesar di negara Thailand.

                 Kami balik ke bilik kami dan berehat. Pada waktu petang, saya dan ibu saya pergi ke kolam renang yang disituasi di dalam hotel. Kolam renang itu sungguh canggih dan penuh dengan pelancong – pelancong asing.

                 Pada hari kemudian, bapa saya menyewa sebuah van untuk membawa kami melawat tempat- tempat yang menarik di Negara itu. Tempat – tempat yang kami melawat adalah seperti Phuket Hill, Patong Beach, tempat beribadat yang bersejarah dan sebagainya. Kami berasa gembira semasa melawat ke tempat – tempat itu.

                 Untuk makan tengah hari, kami dibawa dalam sebuah bot ke tengah laut. Disitu, ada sebuah restoran yang besar yang dibina di tengah laut. Banyak pelancong asing pergi ke situ untuk makan dari nega –negara lain. Makanan di situ sungguh enak sekali.

                 Selepas melawat ke tempat – tempat yang menarik. Kami dibawa ke sebuah pantai yang tercantik dan terbesar di dunia iaitu Patong Beach. Air lat di pantai itu sungguh bersih, bersinar dan dingin. Ini kali pertama saya melihat sebuah pantai yang sangat cantik.

                 Kami pulang ke hotel pada waktu malam. Selepas mandi, kami turun ke ruang legar dan pergi ke sebuah restoran yang terbesar di negara Thailand. Banyak jenis makanan dihidang pada hari itu dan semua makan yang dihidang sungguh lazat.

                 Kami menaiki sebuah kenderaan yang kecil yang bernama “TUK – TUK “. Kenderaan ini seperti beca yang akan membawa kami melawat bandar Thailand. Kami berasa sungguh gembira kerana dapat menaiki kenderaan tersebut.

                 Lapan hari kemudian, kami pun pulang ke rumah. Inlah sebuah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang hayat saya dan bapa saya berjanji akan membawa saya melancong ke tempat itu pada cuti semester yang akan datang.

    
 

Submit a comment:

Name