Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: Kegunaan Pokok Kelapa, by Samson
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Samson
Title:Kegunaan Pokok Kelapa
2010-08-12 18:13
            Pokok kelapa hidup subur di kawasan yang    berpasir ,Khusunya berhampiran dengan pantai.Pokok kelapa merupakan tanaman yang sangat berguna kepada manusia.

            Isi buah kelapa yang telah tua dapat mengeluarkan santan apabila diperah.Buah kelapa yang muda boleh diminum airnya dan diakan isinya.Air kelapa muda sangat berkhasiat dan enak rasanya.

            Pokok kelapa dapat dijadikan bahan bakar. Antara bahagian yang dapat dijadikan bahan bakar ialah pelepah , tempurung , sabut dan batang.Sabut kelapa boleh digunakan untuk membuat tali , berus dan pengesat kaki.

            Batang pokok kelapa yang panjang dan lurus dapat dijadikan titi.lidi kelapa pula dapat dijadikan pencucuk sate dan juga penyapu.Daun kelapa muda pula dapat dibuat sarung ketupat .Tempurung kelapa pula dapat dijadikan bahan hiasan jika digubah dengan baik.

            Oleh sebah setiap bahagian pokok kelapa ada kegunaannya , maka pokok ini dipanggil pokok serba guna.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name