Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Langkah-Langkah Merapatkan Hubungan Sesama Jiran, by sarah
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor sarah
Title:Langkah-Langkah Merapatkan Hubungan Sesama Jiran
2010-08-12 01:52
             Langkah-langkah merapatkan hubungan sesama jiran sangat mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang. Jiran kita ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Sebagai jiran kita sewajarnya menghormati dan memahami mereka dan sebegitu juga dengan mereka yang harus memahami kita.

             Perkara yang begitu mudah ialah bertegur sapa. Ini untuk mengelakkan daripada menjadi bahan perbualan orang yang mengatakan kita ini kera sumbang. Walaubagaimanapun, kita hendaklah menjaga tutur kata ketika sedang berbual. Secara automatik, kita telah saling berkomunikasi antara satu sama lain.

             Mengeratkan hubungan adalah perkara yang paling penting. Banyak perkara yang kita boleh lakukan jika ingin mengeratkan hubungan.Antaranya ialah kita boleh saling bertukar juadah agar kita dapat merasakan keenakan juadah bersama. Selain itu, kita juga digalakkan untuk mengunjungi ke rumah jiran. Walaupun kita sibuk dengan kerjaya masing-masing, kita mestilah melawat ke rumah jiran atau sekurang-kurangnya bertanya khabar.

             Aktiviti bergotong-royong juga adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama jiran. Disamping itu, kita juga boleh menyihatkan badan dan mengekalkan kebersihan persekitaran. Selain dapat mengeratkan hubungan, aktiviti ini juga dapat membuahkan sifat bekerjasama.

             Kita juga boleh meminta pertollongan dari mereka untuk mengawasi rumah kita jika kita hendak bercuti pada tempoh yang agak lama. Ini kerana. jika berlaku sebarang kemalangan, merekalah yang akan membantu kita sewaktu ketiadaan kita di rumah.

             Kesimpulannya. sewaktu kita dalam kesusahan. Susah dan senang sama-sama kita harungi,bak kata pepatah " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".
 

Submit a comment:

Name