Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: contoh karangan syarahan UPSR(diuji dlm UPSR 1997,2001), by Husna Syahidah
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Husna Syahidah
Title:contoh karangan syarahan UPSR(diuji dlm UPSR 1997,2001)
2010-08-11 14:37
    yang saya hormati tuan pengerusi majlis,yang berusaha tuan guru besar,para hakim yang adil lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.selamat sejahtera saya ucapkan sebagai tirai pembuka bicara.hari ini,saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk,"faedah-faedah bersenam".

    hadirin sekalian,

        bersenam merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan.aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara berjalan,berjoging dan melompat.banyak kelebihannya jika kita melakukam amalan senaman.

        antara faedah senaman ialah menyihatkan tubuh badan.sebagai contoh melalui aktiviti berjoging,badan kita akan mengeluarkan peluh.oleh itu,badan kita akan terasa segar dan sihat tanpa sebarabg penyakit.

    hadirin yang dihormati,

         selain itu,aktiviti bersenam merupakan kegiatan riadah yang boleh mengurangkan takanan perasaan.setelah penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengurangkan tekanan tersebut dengan mengikuti aktiviti pendidikan jasmani.kesannya kita akan kembali bersemangat untuk belajar.

         seterusnya,apabila kita melakukan aktiviti senaman,kita dapat mengelakkan diri dari gejala sosial.contohnya selepas waktu persekolahan, kita boleh berjoging dan bermain futsal.ini dapat mengelakkan masa kita terbuang dengan sia-sia.

         kesimpulannya,kita digalakkan bersenam setia hari untuk kebaikan diri kita.demikianlah syarahan saya.saya akhiri syarahan saya dengan ucapan terima kasih.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name