Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Syarahan ''Kemerdekaan'', by Mick
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Mick
Title:Syarahan ''Kemerdekaan''
2010-08-08 20:54
Yang Berusaha Guru Besar, Encik Mohamad,guru-guru penolong kanan,para guru dan warga sekolah.Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah ''Kemerdekaan''.

Hadirin yang dikasihi,

         Umum mengetahui bahawa negara telah merdeka sejak 1957.Merdeka bermaksud negara bebas daripada dijajah oleh anasir-anasir luar contohnya negara Jepun.Tanggal 31 Ogos 1957 inilah saat-saat yang dinantikan oleh rakyat Malaysia sebagai tarikh yang amat bersejarah yang sambutannya diraikan secara besar-besaran setiap tahun.

         Untuk mencapai kemerdekaan rakyat bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara.Setelah mendapat kemerdekaan ,negara maju dalam pelbagai bidang seperti perindustrian,pertanian dan pehubungan.Dalam kita mengecapi kemakmuran negara janganlah kita lupa pada jasa-jasa pejuang yang terdahulu.

Hadirin yang dihormati,

         Rakyat hidup harmoni,bersatu padu dan muhibah tidak mengira kaum bangsa dan agama,kita hendaklah berganding bahu membangunkan negara supaya tidak dijajah lagi.Kita juga hendaklah cinta akan negara kita.

         Semoga rakyat Malaysia kita akan hidup harmoni dan bersatu padu.Yang pentingnya kita hendaklah terus menyanyangi negara kita.
 

Submit a comment:

Name