Welcome!

Contoh Karangan UPSR: syarahan kepentingan bersukan, by
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak
Title:syarahan kepentingan bersukan
2010-08-08 20:17
     Yang berusaha tuan guru besar,penolong-penolong kanan,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Salam sejahtera saya ucapkan.

     Saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Kepentingan Bersukan".Bersukan merupakan aktiviti yang menggunakan anggota badan dan tenaga seperti bermain bola sepak,berjogging dan bermain bola jaring.

Hadirin yang dihormati sekalian,

     Antara kepentingan bersukan ialah dapat mencergaskan badan.Apabila kita bersukan,badan kita akan mengeluarkan peluh.Oleh itu,badan kita akan berasa segar manakala minda kita akan cerdas.

     Justeru,bersukan juga dapat membantu kita untuk menjawab soalan peperiksaan dengan senang apabila otak cerdas.Selain itu,sukan dapat melancarkan perjalanan darah.Anggota badan kita tidak akan berasa kebas.

     Di samping itu,sukan penting untuk mengisi masa lapang daripada melakukan kerja yang tidak berfaedah seperti melepak di kompleks,menonton televisyen sepanjang hari dan menunggang motosikal secara berbahaya.Kerja yang tidak berfaedah akan mendatangkan pelbagai masalah pada diri kita.

Hadirin sekalian,

     Bersukan dapat mendisiplinkan diri kita kerana kita akan mematuhi peraturan permainan dan masa yang ditetapkan dalam sesuatu permainan.

     Dengan bersukan juga kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan dan anggota keluarga kerana secara tidak langsung kita akan bekerjasama untuk menang.

     Akhir kata,janganlah membuang masa yang ada kerana "masa itu emas".Bersukanlah setiap hari kerana ia amat penting untuk tubuh badan.Sekian,terima kasih.
 

Submit a comment:

Name