Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: JIRAN SAYA YANG BAIK., by RADZIYA SARRA.
Contoh Karangan UPSR
Name:RADZIYA SARRA.
Title:JIRAN SAYA YANG BAIK.
2009-03-20 10:20
Ayah dan ibu selalu menasihati saya agar berbaik-baik dengan jiran.Apabila kita menghadapi kesusahan,orang yang pertama sekali menolong kita adalah jiran,bukan saudara kita yang tinggal jauh.

Saya mempunyai jiran yang baik.Nama jiran saya ialah Encik Mohan.Encik Mohan mempunyai dua orang anak.Salah seorang daripadanya bernama Siva dan sekelas dengan saya.

Encik Mohan selalu memberi buah-buahan kepada kami sekeluarga.Ibu juga selalu menghantar masakan kepada keluarga Encik Mohan.Hubungan kami dipupuk dengan perasaaan hormat-menghormati dan pecaya-mempercayai.

Pernah pada suatu hari apabila ibu hendak melahirkan adik,ayah belum pulang lagi.Mujurlah Encik Mohan yang menghantar ibu ke hospital.Ayah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Mohan.

Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali,kami saling mengunjungi.Kunjungan ini dapat mengeratkan tali persahabatan.

Saya berharap agar hubungan kami terus erat.Encik Mohan telah kami anggap seperti saudara kami sendiri.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name