Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan-kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah., by syamilah rahman
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor syamilah rahman
Title:Kebaikan-kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah.
2010-08-06 04:21
        

                Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Pada pagi yang indah ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk,"Kebaikan-kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah".

Hadirin yang dihormati sekalian,

                Kebaikan-kebaikan membawa bekal ke sekolah ada banyak sekali Ini merupakan satu amalan yang baik kepada diri kita .Antaranya ialah, kita boleh mengelakkan diri daripada keracunan makanan jika kita makan makanan yang kita bawa dari rumah kerana kita sudah tahu apa isi kandungan makanan yang kita bawa ke sekolah.

                Selain itu, kebersihan makanan yang kita bawa itu juga bersih kerana yang memasak makanan untuk kita adalah ibu kita sendiri.Jika kita membeli makanan di kantin sekolah, kita tidak tahu sama ada makanan yang kita beli itu bersih atau tidak kerana bukan ibu kita yang memasak makanan yang dijual di kantin sekolah kita itu.

Hadirin yang dimuliakan sekalian,

                Kita juga boleh menjimatkan wang kita daripada membeli makanan yang tidak berkhasiat di kan tin sekolah kita kerana makanan yang kita bawa ke sekolah itu adalah percuma kerana ibu kita sendiri yang memasaknya.

                Selain itu juga, kita boleh mengelakkan daripada berebut makanan dengan rakan kita ketika membeli makanan di kantin kerana kita sudah mempunyai makanan sendiri.

Hadirin yang berwawasan,

                Saya di sini hendak menegaskan bahawa membawa bekal ke sekolah banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan.Saya sudahi syarahan saya wabillahitaufiq walhidayah,assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.Sekian, terima kasih    
 

Submit a comment:

Name