Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: melancong memberi banyak faedah, by nur darirah irdina
Contoh Karangan UPSR
Name:U.K. nur darirah irdina
Title:melancong memberi banyak faedah
2010-08-03 23:31
     Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan.Tambahan pula,memberi banyak manfaatnya.

     Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja bertahun-tahun.Negara kita banyak mempunyai tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.

    

     Dengan melancong,kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati.Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan disesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita.

     Selain itu,melancong juga dapat melapangkan fikiran.Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.Jadi,pilihlah tempat percutian yang jauh daripada kesibukan yang boleh membawa ketenangan.

    

     melancong juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara.Kita sebagai rakyat Malaysia,hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara.Ini kerana Malaysia tidak kurang hebatnya,kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name