Pada hari Isnin yang lalu,aku berjalan kaki ke rumah dari sekolah.Tiba-tiba,aku ternampak sebuah dompet berada di atas jalan.
Tanpa membuang masa,aku pun terus mengambil lalu membuka dompet itu.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat beberapa banyak keping wang kertas serta kad kredit.
Tanpa berlengah lagi,aku terus pulang ke rumah untuk menceritakan tentang hal itu.Ibu bapaku bersetuju utuk menyerahkan dompet itu kepada pihak polis
Selepas makan tengah hari,kami pergi ke balai polis untuk membuat aduan tersebut kepada pegawai polis yang bertugas.Pegawai polis tersebut mengucapkan terima kasih kepada kami.
Sebelum kami pulang,saya melihat seorang pemuda berwajah muram.Rupanya-rupanya pemuda itulah yang kehilangan dompet tersebut.Pegawai polis tersebut menyerahkan dompet itu kepada pemuda itu.
Pemuda itu mengucapkan terima kasih kepada saya.Pemuda itu juga memberikan sagu hati kepada aku.Aku berasa sangat gembira kerana dapat membantu orang lain.Ibu bapaku berasa sangat bangga dengan sikapku yang jujur itu
|