Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Syarahan Faedah Bersukan, by nurul syahirah (6 cemerlang SKAB)
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak nurul syahirah (6 cemerlang SKAB)
Title:Syarahan Faedah Bersukan
2010-08-03 21:49
Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa dan hadirin sekalian.Berdirinya pokok kerana akarnya, berdirinya rumah kerana tiangnya tetapi berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk 'Faedah Bersukan'.

Hadirin sekalian,

                Tahukah anda budaya bersukan dikalangan rakyat Malaysia semakin berkurang? Sesiapa sahaja boleh bersukan. Tidak kira bangsa, agama, umur dan budaya.Kita boleh bersukan bila-bila dan dimana-mana sahaja.Contohnya ketika dipadang, rumah dan sebagainya. Kita juga boleh bersukan pada petang atau pagi.

                 Terdapat pelbagai faedah bersukan. Antaranya, bersukan dapat mambantu kita untuk menyihatkan.Contohnya, kita boleh berjoging dan berlari. Kesannya, kita dapat menghindarkan diri daripada penyakit.

                 Selain itu, kita dapat mengasah bakat yang terpendam selama ini. Contohya, kita boleh menyertai pebagai pertandingan seperti bola sepak. Oleh itu, kita juga dapat membantu mengharumkan nama sekolah.

                 Seterusnya, kita juga dapat menghargai masa dengan membuat perkara yang berfaedah.Contohnya, kita dapat mengelakkan diri daripada berkawan dengan kacang hantu. Kesannya, ibu bapa akan bersa bangga.

                 Konklusinya, budaya bersukan perlu diterapkan dalam diri masing-masing.Antaranya,kita dapat menyihatkan badan, dapat menghargai masa dan dapat mengharumkan nama sekolah. Saya berharap agar kita mengamalkan budaya bersukan. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

                 Jika da jarum yang patah,

                            Jangan disimpan didalam peti,

                 Jika ada silap dan salah,

                            Jangan disimpan didalam hati.

Sekian, terima kasih.

                    

        
 

Darshini, (2018-02-21 02:50)
Syarahan ni, sungguh hebat 😀😀😀😀😀😀😀😀😀✌✌
 
Submit a comment:

Name