Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan -Kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah, by ain najihah
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor ain najihah
Title:Kebaikan -Kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah
2010-08-03 03:23
        Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis,panel hakim yang arif lagi berkarisma,guru-guru serta rakan seperjuangan sekalian.Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.Pada pagi yang ceria ini,saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang berbunyi,'Kebaikan-Kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah.'

Hadirin yang berwawasan,

        Seperti yang kita tahu bahawa membawa bekal ke sekolah banyak faedahnya.Antaranya ialah murid-murid dapat menjimatkan wang dengan tidak membeli makanan di kantin.Sememangnya ada makanan yang dijual dengan murah dan ada yang mahal.Malahan pula,harga barang-barang akan dinaikkan.Jadi,sudah semestinya pengusaha kantin akan menaikkan harga makanan yang mereka jual.

        Selain itu,makanan atau bekal yang dibawa oleh murid ke sekolah semestinya lebih bersih dan terjamin.Hal ini kerana,makanan-makanan di rumah selalu terjaga dan tidak terdedah kepada binatang-binatang.Selalunya,makanan yang dibawa adalah masakan ibu kita sendiri.Jadi,murid-murid lebih gemar makan masakan ibu mereka.

Hadirin yang dimuliakan,

        Seterusnya, membawa bekal ke sekolah juga akan menjimatkan masa kerana murid-murid tidak perlu beratur untuk membeli makanan.Hal ini dapat mengurangkan penggunaan masa mereka dan mereka dapat melakukan aktiviti lain setelah selesai menjamu selera.

         Oleh itu,murid-murid sekolah sewajarnya membawa bekal ke sekolah kerana banyak mendatangkan faedah.Sebelum saya berundur diri,terimalah serangkap pantun daripada saya,

                        Kalau ada sumur di ladang ,

                            Boleh saya menumpang mandi,

                        Kalau ada umur yang panjang ,

                            Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian,terima kasih.
 

Submit a comment:

Name