Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebaikan dan keburukan penghataran sms, by anushiya
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor anushiya
Title:kebaikan dan keburukan penghataran sms
2010-08-03 02:32
Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan Bergambar (MMS) merupakan aplikasi teknologi maklumat yang mempunyai banyak kebaikan. Namun terdapat juga amalan penggunaan yang tidak bermoral yang memberi kesan kepada kehidupan manusia. Bincangkan.

Pengenalan

Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Pesanan Multimedia Bergambar (MMS) merupakan aplikasi teknologi maklumat yang sangat popular. Penggunaan teknologi ini memberi implikasi kepada kehidupan manusia.

A. Kebaikan.

1. Menjimatkan perbelanjaan

- bayaran SMS berpatutan berbanding penggunaan telefon

bimbit atau kediaman. Pengguna dapat mengurangkan caj

perkhidmatan dan dapat menjimatkan perbelanjaan harian

2. Penyebaran maklumat yang cepat dan ringkas

- melahirkan masyarakat yang bermaklumat

- maklumat yang disampaikan dengan pantas

- masyarakat mampu membuat keputusan dengan cepat.

- boleh melihat pesanan bersama gambar yang dihantar.

3. Mudah menjalin hubungan baik

- mudah membina hubungan baik antara manusia

- mewujudkan hubungan yang baik dengan kenalan.

- ibu bapa mudah menghubungi ahli keluarga

4. Memberi kemudahan perkhidmatan

- mempercepatkan dan memudahkan urusan harian – menyemak saman, melaporkan sesuatu perkara kepada pihak berkuasa- cth kemalangan, penyalahguaan kuasa

5. Sebagai produk perniagaan

- syarikat telekomunikasi menjalankan aktiviti perniagaan.

- syarikat akan menganjurkan program dan

mengenakan caj kepada pelanggan.

- mewujudkan peluang pekerjaan- reka nada bunyi

B. Keburukan

6. Penyebaran maklumat palsu

- menggunakan telefon prabayar sebab nombor telefon

tidak didaftarkan.

- menyebarkan fitnah, propaganda, gambar lucah.

- menimbulkan keadaan tidak tenteram.

7. Pembaziran wang.

- menghantar SMS dan MMS tanpa suatu matlamat khusus dan penggunaan tanpa dirancangkan – membazir wang

8. Pencemaran bahasa.

- SMS atau MMS menggunakan jumlah panjang perkataan

yang terbatas.

- bagi menjimatkan kos, masyarakat akan menggunakan

bahasa slanga.

9. Tiada kemesraan antara ahli keluarga

- komunikasi tanpa suara tidak wujud keakraban

- tiada unsur kemanusiaan / tidak dapat menjiwai ayat dalam pesanan kerana terlalu ringkas

- tidak wujud komunikasi berkesan antara anak-anak dengan ibu bapa atau saudara mara

Kesimpulan

SMS dan MMS merupakan suatu alat perhubungan yang sangat popular dewasa ini. Bagaimanapun pemantauan perlu dilakukan agar kesan negatif dapat dielakkan


 

Submit a comment:

Name