Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kamu telah pergi ke pasar malam bersama keluargakamu.Ceritakan suasana di pasar malam tersebut.(cerita), by arif dan amirul(skrc)
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak arif dan amirul(skrc)
Title:kamu telah pergi ke pasar malam bersama keluargakamu.Ceritakan suasana di pasar malam tersebut.(cerita)
2010-08-02 17:03
         Pada hari Ahad yang lepas,saya dan keluarga saya telah pergi ke pasar malam.Pasar malam tersebut terletak di Taman Cempaka.Kami pergi ke pasar malam menaiki kereta.Kami pergi pada pukul 8.00malam

         Pasar malam di Taman Cempaka itu besar.Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai makanan,keperluan diri dan keperluan harian.

         Antara gerai yang paling banyak pelanggan ialah gerai makanan dan gerai keperluan harian.Gerai pakaian juga menjadi tumpuan orang ramai.Barang yang terdapat di gerai keperluan harian ialah seperti buah-buahan,sayur-sayuran dan lain-lain.

         kami sekeluarga bertandang ke gerai yang menjual makanan yang telah siap dimasak.Kami membeli murtabak daging dan ayam.Tiba-tiba saya berasa haus sekali.Saya pun membeli air di gerai minuman.Saya membeli air kelapa muda.

         Saya berasa gelihati apabila melihat gelagat pelanggan yang sedang tawar-menawar.Terdapat seorang penjual ikan hiasan yang menjerit dengan kuat untuk menarik pelanggan.

         Saya berasa seronok sekali kerana dapat pergi ke pasar malam tersebut.Saya berharap saya akan datang lagi.

        

    
 

Submit a comment:

Name