Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pidato Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, by Muhammad Rahimi Bin Roziman
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Muhammad Rahimi Bin Roziman
Title:Pidato Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
2010-08-02 01:52
                            PIDATO:TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

        Terima kasih pengerusi majlis, Yang dihormati Tuan Haji Saroji Bin Abdullah, Ketua Satu Dewan Presuratan Melayu Pahang Cawangan Jerantut,Yang berusaha Tuan Guru Besar Encik Jamaluddin Bin Ahmad, barisan panel hakim Yang Arif lagi bijaksana,guru-guru seta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.Pada pagi yang berbahagia ini, izinkan saya Muhamnmad Rahimi bin Roziman dari kelas 6 Pintar untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk ‘Seorang Tokoh Negara Malaysia yang Amat Berjasa’, kepada kita semua.

Hadirin sekalian,

         Tokoh yang saya maksudkan ialah Tun Dr, Mahathir Bin Mohamad yang di gelar BAPA PEMODENAN MALAYSIA oleh penduduk Negara ini.

            Tokoh ulung ini dilahirkan pada 20 Disember 1925 di No.18 Lorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar , Kedah. Beliau

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak Alor Setar.Selepas beliau mendapat kelulussan, beliau melanjutkan pelajaran ke Government English School yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid , Alor setar pada tahun 1932.

             Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Perubatan King Edward, Universiti Malaya, Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada tahun 1953.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

                Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian sesebuah Negara yang berbilang bangsa melalui pemelihraan suatu golongan pertengahan orang melayu.Walaubagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya yang autokrotik dan dituduh bersifat ronisme.Beliau merupakan tokoh politik antarabangsa yang suka berterus terang dan bersifat kontroversi.

                Tun Dr. Mahathir telah dikaitkan dengan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek KLCC, Menara berkembar Petronas, KLIA dan koridor Raya Multemedia.

                Akhirnya, Tun Dr. Mahathir telah terpahat sebagai Bapa Pemodenan Malaysia negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sesebuah Negara yang yang aman,ceria dan penuh bertenaga.

Melalui penkhidmatannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

                    Akhir kata, marilah kita bersama-sama memperjuangkan semangat perjuangan yang telah diwujudkan oleh Tun Dr. Mahathir.Sebelum saya mengakhiri pidato saya izinkan saya menyampaikan serangkap pantun;

Pidato sudah saya sampaikan,

Hati berdebar sudah pun tenang,

Tun Dr. Mahathir Bapa Pemodenan,

Jasa baktinya sentiasa dikenang.

         Sekian, terima kasih…

            


 

Submit a comment:

Name