Welcome!

Contoh Karangan UPSR: sambung cerita, by cute_sakura
Contoh Karangan UPSR
Name:cute_sakura
Title:sambung cerita
2010-07-31 09:38
            Jam di bilikku berbunyi sebanyak dua belas kali.Aku masih belum dapat memejamkan mata.Di luar rumah masih kedengaranderuman kereta yang lalu-lalang.Tiba-tiba,aku terdengar akan bunyi letupan.Aku pun segera bangun lalu segera ke tingkap.Aku melihat ke luar rumah melalui tingkap.Dengan sinaran lampu jalan raya,aku ternampak akan kepulan asap dari sebuah kereta.Tanpa membuang masa,aku segera mengejutkan ayah dan ibuku.Sementara aku menelefon pihak bomba,ayah dan ibuku sudah berlari ke arah kereta yang terbakar itu.

             Aku tiba di tempat kejadian.Ayah sedang memadamkan api dengan gas pemadam api yang sememangnya ada di rumah kami.Aku mencuba untu menarik pemandu kereta itu keluar,tetapi gagal kerana api terlalu marak.

             Banyak orang mengerumuni tempat kejadian itu.Mereka ingin melihat kejadian itu dengan lebih dekat.hal ini juga menyebabkan kesesakan alu lintas.

             Beberapa minit kemudian kereta bomba pun tiba.Pasukan bomba dengan pantas memancutkan air.Hanya dalam masa sepuluh minit,mereka dapat memadamkan api.Namun,kereta jenis Proton Wira itu hangus dan pemandunya pula rentung.Aku berasa ngeri melihatan keadaannya itu.Aku jugaberasa hampa kerana tidak dapat menyelamatkan pemandu tersebut.

             Setengah jam kemudian,mayat pemandu yang rentung itu dikeluarkan.Mayat itu dibawa ke hospital.Kereta itu juga ditolak ke tepi jalan.

                Orang ramai beransur-ansur meninggalkan kawasan tersebut.Lalu lintas berjalan seperti biasa.Namun bagi aku dan keluarga,peristiwa itu tidak dapat kami lupakan.

<cerita hanya rekaan semata-mata>
 

Submit a comment:

Name