Welcome!

Contoh Karangan UPSR: hari kantin sekolah(cerita), by wonder gurlzzz...
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan wonder gurlzzz...
Title:hari kantin sekolah(cerita)
2010-07-30 17:37
Pada bulan April yang lalu,Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (2) telah mengadakan Hari Kantin Sekolah.Tapak gerai jualan berada di medan perhimpunan.Semua bayaran untuk membeli barang-barang menggunakan kupon.

Tujuan diadakan Hari Kantin adalah untuk mengumpul dana bagi menambahkan lagi wang tabung kebajikan sekolah.Wang yang terkumpul akan disalurkan untuk murid-murid yang miskin.

Sehari sebelum Hari Kantin diadakan,ahli jawatankuasa program sibuk mendirikan gerai-gerai jualan mengikut persatuan dan kelab sekolah.berbagai-bagai jenis makanan,minuman dan cenderahati akan dijual.

Terdapat sepuluh gerai jualan yang mewakili tiap-tiap persatuan menjual berbagai-bagai makanan dan minuma.antaranya adalah gerai menjual mi,nasi,kuih-muih,makanan ringan,cenderahati,minuman panas dan sejuk dan lain-lain lagi.Gerai-gerai tersebut dikendalikan oleh guru dan dibantu murid-murid.Semua gerai berada dalam keadaan bersih dan susunan bahan jualan yang menarik.harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Pada pukul 2 petang.para pengunjung telah ramai datang mengerumuni gerai-gerai jualan.para guru dan pembantu mereka tidak menang tangan melayan kerenah pelanggan.Jualan pada hari itu sungguh laris terutama gerai minuman kerana cuaca panas terik.

Pada pukul 6 petang,semua gerai telah menghabiskan barang-barang jualannya.Murid membantu guru mengira jumlah keuntungan yang didapati dari hasil jualan tersebut.Pada tahun ini,gerai Persatuan Bahasa Melayu telah mengaaut keuntungan yang banyak.Sebelum pulang,semua murid diarahkan membersihkan tapak jualan.Mereka semua sangat gembira pada hari tersebut.
 

Submit a comment:

Name