Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sebuah telefon awam, by RUTHARA A/P MOHOMA SANGERAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor RUTHARA A/P MOHOMA SANGERAN
Title:Aku sebuah telefon awam
2010-07-29 20:35

                                     Aku sebuah telefon awam

            

                Aku ialah telefon awam.Aku ditempatkan di dalam sebuah pondok telefon yang diletakkan di tepi-tepi jalan dan juga di tempat-tempat awam yang strategik. Pekerja-pekerja dari Syarikat Telekom Malaysia Berhad bertanggungjawab menyediakan tempat tinggalku.

                Aku bertugas untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat.Mereka dapat menggunakan aku pada bila-bila masa sahaja.Mereka juga dapat membuat panggilan ke mana-mana sahaja.Pengguna hanya perlu menyediakan wang syiling secukupnya untuk dimasukkan ke dalam mulutku dan menekan nombor yang mereka kehendaki.

                pelbagai perkhidmatan panggilan yang aku sediakan.Selain untuk bertanya khabar,aku juga banyak berbakti kepada masyarakat seperti dapat membuat panggilan kecemasan seperti kebbakaran,kecurian,kemalangan dan sebagainya.Selain maklumat yang disampaikan cepat dan tepat,kos yang murah menambahkan populariti kegunaanku.

                Walaupun aku banyak berjasa kepada masyarakat,ada segelintir pengguna yang sering melakukan kegiatan vandalisme terhadap diriku.Mereka mencabut dan menghempaskan ganggang telefon apabila gagal membuat panggilan.Ada kalanya,badanku diconteng-conteng dengan perkataan yang kurang sopan.Paling menyedihkan diriku ialah apabila mereka sanggup memecahkan perutkan untuk melarikan wang syiling dan peralatan elektronik yang berharga.

                 Namun kini,kegunaanku agak terhad tidak seperti sepuluh tahun yang dulu.Semenjak lahirnya telefon bimbit yang lebih canggih diriku seperti dipingirkan.Aku hanya digunakan sekali-sekali.

                 Walaupun aku diperahukan sedemikian,aku berasa sangat beruntung kerana dapat berbakti krpada masyarakat sejak sekian lama.Aku sedia berkhidmat pada bila-bila masa selagi khidmatku diperlukan.                    
 

John Doe, (2017-03-15 01:18)
Write properly!!!If not, I hack your system........:p
 
Submit a comment:

Name