Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ceramah ( Kes Keracunan Makanan), by Mohd Shakir Zufayri
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Mohd Shakir Zufayri
Title:Ceramah ( Kes Keracunan Makanan)
2010-07-26 13:40
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengacara majlis, yang berbahagia Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, Puan Siti Amrah binti Maulud, guru-guru, pengusaha kantin, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Saya Mohd Shakir, pegawai kesihatan dari Hospital Besar Seremban akan menyampaikan ceramah tentang usaha menangani masalah keracunan makanan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi mengundang saya untuk memberikan ceramah dalam majlis ini. Seterisnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah karana mengadakan program seperti ini sebagai suatu usaha untuk menangani masalah keracunan makanan.

Hadirin yang saya hormati,

Kes keracunan makanan semakin menjadi-jadi dalam masa beberapa bulan ini, terutamanya yang membabitkan murid-murid sekolah. Lazimnya, keracunan makanan berpunca daripada makanan yang tercemar. Umumnya, hali ini berlaku kerana sikap tidak mementingkan kesihatan. Selain itu, persekitaran yang kotor dapat menyumbang kaepada pembiakan bakteria yang menyebabkan keracunan makanan. Daripada tinjauan yang dilakukan oleh pegawai kesihatan, didapati bahawa tahap kebersihan kantin di beberapa buah sekolah di daerah ini kurang memuaskan. Hal ini demikian kerana sikap yang mengambil ringan tentang hal kesihatan.

Oleh itu, pihak pentadbir sekolah perlu memastikan kebersihan makanan di sekolah terjamin. Guru besar harus kerap melakukan pemeriksaan di kantin bagi memastikan persekitaran kantin sentiasa bersih. Seterusnya, pengusaha kantin perlulah menitikberatkan kebersihan semasa menyediakan makanan. Mereka harus memastikan bahawa tempat memasak dan peralatan yang digunakan sentiasa bersih. Di samping itu, pihak pengusaha harus juga memastikan makanan sentiasa ditutup sementara menunggu waktu rehat.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Peranan ibu bapa penting juga untuk mengelakkan murid-murid daripada keracunan makanan. Mereka haruslah mendidik anak-anak tentang pentingnya menjaga kebersihan diri. Selain itu, ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak-anak tentang amalan membasuh tangan sebelum makan dan selepas keluar tandas. semua ini boleh dilakukan sekiranya semua pihak bersikap positif dan bekerjasama agar masalah keracunan makanan dapat ditangani. Bak kata orang, muafakat membawa berkat.

oleh itu, saya berseru agar semua pihak sentiasa prihatin terhadap penjagaan kebersihan diri, persekitaran serta penyediaan makanan. Ingatlah bahawa kebersihan dapat menjamin kesihatan yang baik. Kata orang, "mencegah lebih baik daripada mengubati". Sekian, terima kasih.                                    
 

Submit a comment:

Name