Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah menyertai unit pakaian beruniform, by nurul fatihah
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor nurul fatihah
Title:faedah menyertai unit pakaian beruniform
2010-07-26 01:46
         Yang dihormati tuan pengerusi majlis,guru besar,guru-guru serta hakim yang arif lagi bijaksana.Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk faedah menyertai unit pakain beruniform.

            Unit pakaian beruniform adalah salah satu aktiviti yang diadakan di sekolah.Banyak faedah jika kita menyertai unit pakaian beruniform.Unit pakaian beruniform juga merupakan aktiviti luar dari bilik darjah.

             Dengan menyertai unit pakaian beruniform kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Kita dapat menggunakan ilmu yang kita peroleh semasa pembelajaran di dalam kelas.Hadirin sekalian,pernahkah anda mendengar perkataan "Badan cergas otak cerdas"?Ya,dengan menyertai unit pakaian beruniform kita dapat menyihatkan tubuh badan dan pemikiran menjadi cerdas.

                Selain itu,kita dapat bekerjasama antara satu sama lain apabila melakukan kerja secara berkumpulan.Kita juga dapat bertukar-tukar fikiran dengan rakan tentang pelajaran yang kita pelajari.Dengan cara ini kita tidak akan berasa bosan.

                 Dengan menyertai unit pakaian beruniform dapat mendedahkan kita kepada sikap berdikari serta yakin terhadap diri sendiri.Di samping itu,kita dapat menambahkan kenalan jika kita menyertai unit pakaian beruniform.

                    Akhir kata,saya ingin tegaskan bahawa faedah menyertai unit pakaian berunform banyak kelebihannya dan dapat membentuk salsiah diri.Sekian,terima kasih.

            
 

Submit a comment:

Name