Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Tong Sampah, by cute_sakura
Contoh Karangan UPSR
Name:cute_sakura
Title:Aku Sebuah Tong Sampah
2010-07-25 06:40
            Aku ialah sebuah tong sampah yang besar.badanku berwarna hitam.Aku mempunyai topi yang bertugas untuk memayungi aku daripada hujan,panas atau serangga yang berterbangan di sekitarku.Aku diletakkan di belakang sebuah kedai makan.Aku digunakkan untuk membuang sampah.

            Pada awalnya,rupaku cantik,bersih    dan bersinar-sinar di bawah pancaran matahari.Sejak akhir-akhir ini,aku semakin kotor.Badanku berbau busuk dan meloyakan.Lalat-lalat selalu hinggap di badanku.Ini amat merimaskan aku,namun aku tidak berdaya.Banyak sampah dimasukkan ke dalam perutku.Ada yang kering ada yang basah.Biasanya,manusia membuang kertas,plastik minuman,sisa-sisa makanan dan sebagainya ke dalam perutku.

            Ada sesetengah daripada mereka yang memasukkan sampah tepat ke dalam perutku tetapi ada juga yang melemparkan sampah ke arah badanku.Kadang-kadang,ada haiwan-haiwan seperti anjing,kucing dan tikus masuk ke dalam badanku untuk menyelongkar dan mencari sisa-sisa makanan.Setiap hari,pekerja-pekerja majlis perbandaran akan mengaut sampah sarap dari perutku.selepas itu,mereka hanya membiarkan aku begitu sahaja.Tidak sesiapa yang datang membersihkan aku.Ada kawan-kawanku yang dilempar sesuka hati sehingga menyebabkan badan mereka pecah.

             Aku sungguh sedih dengan nasibku.manusia seolah-olah memandang hina dan tidak menghargai jasa-jasaku terhadap mereka.Mereka tidak menyedari bahawa tanpa aku,persekitaran akan tercemar dan berbau busuk.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
ghhhgf, (2016-04-15 19:49)
vbgbg
 
Submit a comment:

Name