Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebotol Air Mineral, by adriana rahmat
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor adriana rahmat
Title:Aku Sebotol Air Mineral
2010-07-24 04:19
Badanku berbentuk silinder dan diperbuat daripada plastic lut sinar.Aku dihasilkan di sebuah kilang di Shah Alam.Kepalaku boleh dibuka dan ditutup jika ingin mengeluarkan cecair daripada badanku.

Aku dan rakan-rakanku dikenali sebagai Air Mineral Aqua Plus.Kami dimasukkan ke dalam kotak dan dihantar ke kedai dengan mengguankan lori.Aku dan rakan-rakanku dihantar ke sebuah kedai runcit.Di kedai itu,kami diletakkan ke dalam peti sejuk yang besar.

Aku seronok tinggal di situ kerana mendapat ramai kawan seperti Coca-cola,Soya Bean dan Pepsi.Udaranya yang sejuk menjadikan aku berasa amat selesa.Pada badanku ditampal tanda harga RM 1.00.Tiap-tiap hari aku melihat rakan-rakanku dibawa pergi oleh orang-orang yang tidak aku kenali.

Pada suatu petang,datang seorang budak perempuan yang berpakaian sukan ke kedai tuan aku.Dia menghampiriku dan membawa aku berjumpa dengan tuan aku.Selepas membayar,dia membawa aku pergi bersamanya.Dia membawa aku ke padang sekolah kerana ada latihan sukan.

Selepas beberapa kali berlari mengelilingi padang,dia kepenatan.Dia membuka kepalaku lalu meminum cecair yang ada di badanku.Selepas itu,dia menutup semula kepalaku dan meneruskan latihannya.Kemudian kawannya datang mengambilku.Dia menghabiskan cecair di dalam badanku dan mencampakkan aku ke adlam longkang yang busuk.

Aku berasa amat sedih.Namun,apa dayaku kerana aku hanya sebotol air mineral.Pada malam itu hujan turun dengan lebatnya dan aku dihanyutkan air ke sebatang sungai.Sehingga hari ini aku masih di sungai itu dan mengharapkan ada insan yang sudi memungutku supaya aku boleh dikitar semula.
 

Submit a comment:

Name