Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-Cara Memasak Rendang Daging [ PENERANGAN ], by Lee Xin Ying
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Lee Xin Ying
Title:Cara-Cara Memasak Rendang Daging [ PENERANGAN ]
2010-07-23 22:44
Pada hari ini,saya akan menunjukkan sebuah persembahan tentang cara-cara memasak rendang daging.Rasanya sungguh enak dan asli.

Mula-mula,bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak rendang daging ialah 500 gram daging lembu,10 biji bawang merah,5 ulas bawang putih dan seruas jari halia.Selain itu,seruas jari lengkuas,3 batang serai dan 10 tangkai cili kering yang dikisar bersama bawang merah,bawang putih dan halia diperlukan untuk memasak rendang daging.Di samping itu,2 keping asam gelugur,1 helai daun kunyit yang dimayang halus,1 cawan kerisik,3 cawan santan pekat,2 sudu besar minyak masak dan garam,gula dan serbuk rasa yang secukupnya diperlukan untuk memasak rendang daging.

Cara-cara untuk memasak rendang daging ialah daging lembu dipotong dalam bentuk dadu yang kecil.Kemudian,cuci daging lalu tuskan.Panaskan minyak di dalam kuali.Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga menghasilkan bau.

Masukkan santan serta daging dan biarkan sehingga menggelegak dengan kepanasan api yang sederhana.Selepas daging empuk,masukkan garam,asam gelugur,gula dan serbuk perasa secukupnya.Selepas itu,kacau dan kecilkan api sehingga kuah menjadi pekat.Sebelum diangkat,taburkan daun kunyit yang telah dihiris.

Akhir sekali,hiaskan rendang daging itu dengan hirisan timun atau tomato dan hidangkan santapan itu kepada keluarga tersayang.

164 p.p
 

Submit a comment:

Name