Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Fakta(Kebaikan berjimat cermat), by Renee
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Renee
Title:Fakta(Kebaikan berjimat cermat)
2010-07-21 21:34
    Berjimat cermat adalah suatu amalan yang baik. Ini disebabkan, jika kita mengamalkan sikap berjimat cermat, kehidupan kita akan lebih cerah daripada orang lain. Oleh itu, sikap berjimat cermat haruslah ditanam dalam diri kita. Berjimat cermat mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.

    Kebaikan berjimat cermat dapat berasa senang pada masa depan kita. Ini disebabkan, dengan berjimat cermat kita tidak akan menghadapi masalah kewangan. Oleh itu, jika kita mula menyimpan wang dari sekarang, sudah pasti lama-kelamaan duit kita akan bertambah. Kita dapatlah menggunakan wang yang kita simpan itu pada masa yang akan datang.

    Seterusnya, kebaikan berjimat cermat dapat mengikis sikap boros dan tamak pada diri seseorang. Ini disebabkan, seseorang yang mengamalkan sikap berjimat cermat, mereka akan kesederhanaan dan tidak akan membelanjakan wangnya dengan sesuka hati. Oleh itu, mereka akan berfikir dahulu tentang keperluan sesuatu benda .

    Selanjutnya, kebaikan berjimat cermat dapat menyimpan wang yang banyak. Dengan menyimpan wang yang banyak, kita boleh menyimpannyan di dalam bank. Ini disebabkan, dengan cara ini wang kita akan bertambah dengan kadar faedah yang ditawarkan dan lebih selamat. Oleh itu, wang simpanan kita itu dapat kita gunakan untuk membeli barang-barang yang kita perlukan sahaja.

    Selain itu, menanamlah sikap berjimat cermat sejak di bangku sekolah rendah. Buat permulaan, kita boleh mengamalkan konsep menabung. Wang belanja yang diberikan oleh ibu bapa boleh kita simpan sedikit di dalam tabung. RM1, sekelip mata menjadi RM 365 . Kata orang tua: “Sedikit-sedikit lama akan menjadi bukit”.

    Bahkan, kita haruslah menjadi seorang yang pandai hidup. Untuk tiu, sebagai langkah pertama, kita haruslah pandai berjimat cermat.


 

Submit a comment:

Name