Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Peraturan Sekolah, by Mawaddah98
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Mawaddah98
Title:Peraturan Sekolah
2010-07-19 02:21
Setiap sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang tertentu yang perlu dipatuhi dan diikuti murid,tidak kira murid sekolah mahupun pelajar sekolah menengah. Tujuan peraturan sekolah diwujudkan adalah kerana agar murid berdisiplin dan mendapat ilmu pengetahuan semasa di sekolah.

Antara peraturan sekolah ialah murid-murid memakai pakaian seragam sekolah ialah murid-murid memakai pakaian seragam sekolah seperti pakaian yang lengkap dan kemas serta berlencana sekolah. Rambut bagi pelajar lelaki perlulah pendek dan kemas serta tidak menyimpan kuku yang panjang.

Selain itu, peraturan semasa disekolah ialah murid-murid perlu menjaga adab seperti beratur semasa membeli makanan di katin, tidak membuang sampah merata-rata, menghormati guru-guru dan rakan-rakan. Menjauhi perkara-perkara negatif seperti kaki buli, mencuri, ponteng sekolah akan sebagainya.

Mematuhi masa juga adalah peraturan sekolah iaitu murid perlulah datang awal ke sekolah, membawa buku-buku mengikut jadual. Membersihkan kelas mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan oleh guru dan sebagainya.

Akhir sekali, di dalam kelas juga ada peraturannya seperti murid-murid perlulah menjaga dengan baik alatan yang terdapat dalam kelas,diam ketika guru mengajar, begitu juga di pusat sumber. Kita perlulah menjaga dengan baik buku yang dipinjam dan tidak bermain di dalam pusat sumber.

Kesimpulannya, setiap murid perlulah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, jika kita mengikut peraturan kita akan menjadi pelajar yang berdisiplin dan berilmu.
 

Submit a comment:

Name