Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum, by nur dini izzati bte sapian
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang nur dini izzati bte sapian
Title:Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum
2010-07-18 22:20
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dan para hadirin yang dikasihi sekalian.Saya berbesar hati kerana dapat menyertai pertandingan syarahan pada peringkat daerah ini.Tajuk syarahan saya pada pagi yang indah ini ialah 'Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum'.

Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah.Aktiviti ini biasanya dijalankan pada sebelah petang.Aktiviti ini melibatkan semua murid dari tahun empat sehingga enam.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Banyak faedah yang akan kita perolehi daripada menyertai kegiatan kokurikulum.Antara faedah menyertai kegiatan kokurikulum ialah kita dapat menyihatkan badan kita.Jika kita bermain semasa kokurikulum, badan kita akan mengeluarkan peluh.Hal ini menyebabkan kita daripada mendapat pelbagai penyakit seperti demam.

Selain itu,faedah menyertai kegiatan kokurikulum juga menyebabkan kita mendapat kawan baru atau ramai kenalan.Jika kita mendapat ramai kawan baru,kita boleh bertukar pendapat dan berkongsi ilmu dengan mereka.Perkara ini membuatkan prestasi dalam akademik kita meningkat.Kita juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim dengan kawan-kawan.Hal ini menjauhi kita daripada mendapat perasaan benci pada mereka.

Kepentingan menyertai kegiatan kokurikulum juga ialah kita dapat melahirkan sikap-sikap yang murni.Sikap-sikap yang murni itu ialah berdisiplin,bekerjasama,rajin dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya.Perkara ini menjauhi kita daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan tidak berfaedah.

Kesimpulannya,kegiatan kokurikulum amat penting untuk murid-murid yang masih belajar.Kegiatan ini dapat menyihatkan badan, menambah kawan, mengeratkan hubungan silaturahim dan melahirkan sikap yang murni.

Sekian, terima kasih.


 

Submit a comment:

Name