Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Masalah Gejala Sosial.(SYARAHAN), by Putri Dhia Nathasya Yusoff
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Putri Dhia Nathasya Yusoff
Title:Masalah Gejala Sosial.(SYARAHAN)
2010-07-18 18:59
    Masalah gejala sosial sering dijadikan berita utama di muka akhbar dan topik perbualan rakyat Malaysia.Isu ini juga telah membuat peratusan jenayah kecil meningkat.

    Masalah ini telah menjejaskan akhlak remaja-remaja di Malaysia.Remaja zaman sekarang dan dahulu terlalu berbeza dari segi akhlak,tutur bahasa,cara berpakaian dan sikap.Remaja zaman dahulu memang terkenal dengan sikap pemalu,sopan santun dan lemah-lembut.Ingin saya katakan di sini,bukannya remaja zaman sekarang semuanya kasar.Seperti yang saya katakan tadi hanya separuh daripada mereka sahaja.

    Gejala sosial yang pertama yang memang terkenal di Malaysia ialah merempit.Kebanyakan remaja yang terlibat dengan gejala ini ialah remaja lelaki.Hal ini memang susah untuk dihapuskan dengan sikap remaja yang berdarah muda,pantang dicabar dan panas baran akan menambahkan lagi perasaan ingin berlumba walaupun dengan sahabat sendiri.Walaupun telah banyak yang terkorban,mereka tidak mempunyai rasa insaf di dalam diri mereka.

    Kedua ialah merokok.Rakyat kita hanya pandang rendah dengan gejala tersebut.Dahulu,hanya remaja lelaki yang merokok tetapi sekarang perempuan juga terlibat dengan gejala ini.

     Terakhir ialah pergaulan yang bebas.Anak -anak muda sekarang bebas berkawan sehingga sanggup    meninggalkan pelajaran untuk mengikut pasangan kekasih mereka.Tercetuslah hubungan yang tidak direstui dan melahirkan anak diluar nikah.Inilah sebenarnya punca kes pembuangan bayi.

     Akhir kata dari saya,hindarilah diri dari gejala-gejala yang saya nyatakan sebentar tadi.
 

Submit a comment:

Name