Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara-cara menjaga kesihatan, by nor syazwani bte zaine
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan nor syazwani bte zaine
Title:cara-cara menjaga kesihatan
2010-07-18 17:39
            Yang saya hormati saudara Pengerusi    Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,panel hakim yang arif lagi bijaksana ,serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Assalammualaikumwarahmatullallhhiwabarokatuh dan salam satu Malaysia.tajuk syarahan saya pada pagi yang mulia ini ialah cara-cara menjaga kesihatan".

        

             Kesihatan ialah aset atau anugerah yang terlalu tinggi nilai kepada setiap individu.Amalan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit berbahaya seperti sakit jantung,darah tinggi dan kencing manis.Kesihatan dapat dijaga dan dikawal melalui pengambilan makanan yang seimbang.

            

             Selain dari itu,kita digalakan bersenam tiga kali seminggu.Jikalau kita bersenam badan kita akan mengeluarkan peluh.Peluh akan menjadikan tubuh badan kita sihat.

Hadirin yang dihormati,

            

             Disamping itu,kita mestilah menjaga kebersihan dan persekitaran kerana kita dapat menghindarkan penyakit berjangkit seperti cacar,rubela,beguk dan yang terkini influenza A HINI.Penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan influenza A HINI kerana penduduk dunia tidak menjaga kebersihan dan persekitaran    itu sebab penyakit tersebut mudah serang.

Hadirin yang saya kasihi,

        

             Selain itu,kita juga hendaklah minum air suam sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan makan makanan yang seimbang supaya kita tidak menjadi terlalu kurus atau terlalu gemuk kerana kita memerlukan makanan yang kaya dengan nutrien untuk membesar dengan baik, bertenaga dan sentiasa sihat.Makanan yang seimbang mengandungi karbohidrat            ,protein,lemak serta vitamin dan mineral.Karbohidrat memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti harian.Protien pula membekalkan nutrien supaya tubuh badan kita dapat membesar dengan sempurna.Lemak diperlukan sedikit sahaja untuk membekalkan haba kepada tubuh badan kita.Vitamin dan mineral pulak juga diperlukan untuk memelihara fungsi tubuh dan melindungi kita daripada penyakit.

hadirin sekalian,

             Berdasarkan syarahan yang saya berikan,jelaslah bahawa menjaga kesihatan amat penting untuk tubuh badan kita.Oleh itu,kita perlu mengamalkan cara-cara menjaga kesihatan.Saya akhiri syarahan saya dengan ucapan terima kasih.

sekian terima kasih.
 

Submit a comment:

Name