Welcome!

Contoh Karangan UPSR: autobiografi AKU SEUTAS JAM TANGAN, by Lidya
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Lidya
Title:autobiografi AKU SEUTAS JAM TANGAN
2010-07-17 22:27
     Aku seutas jam tangan.Namaku Quartz.Badanku bewarna kuning berbelang hitam.Aku diperbuat daripada logam,kaca dan plastik.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam, Selangor.

     Setelah badanku telah siap,aku dan kembar-kembarku    telah dihantar ke sebuah kedai jam tangan yang terletak di Kuala Lumpur.Aku dan kembar-kembarku telah dipaparkan di hadapan kedai itu.Ramai yang tertarik denganku.Hargaku membuatkan mereka tidak jadi untuk membeli.Aku bernilai

RM 150.

     Pada suatu hari,ada seorang pemuda kaya bersama anaknya datang ke arahku.Anaknya telah memilih aku sebagai jam tangannya.Aku telah dibeli oleh pemuda itu.Kini anaknya,Johan telah menjadi tuanku.

     Aku telah dijaga dengan baik.Setiap hari tuanku membawaku ke sekolah.Ramai yang memuji-muji kecantikanku.Pada suatu hari ,tuanku tidak memakaiku.Tuanku meletakkanku diatas meja di dalam kelasnya.Tuanku terlupa untuk mengambilku sebelum pergi ke tandas.Aku telah dicuri oleh salah seorang daripada kawan tuanku.

     Aku berasa sangat sedih tetapi aku gembira kerana telah berkhidmat dengan tuanku selama beberapa tahun.        
 

Submit a comment:

Name