Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah komputer riba , by mazidah
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur mazidah
Title:aku sebuah komputer riba
2010-07-17 22:16
Aku sebuah komputer riba. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Tokyo, Jepun. Aku berjenama Pindo. Badanku diperbuat daripada aluminium, plastik, besi dan sebagainya lagi.

    Setelah siap, aku dimasukkan ke dalam kotak lalu dibawa ke pelabuhan dengan sebuah lori. Aku akan dieksport ke Malaysia. Aku dibawa ke Malaysia dengan sebuah lori dagang yang besar.

    Aku telah dihantar ke sebuah kedai menjual komputer di Malaysia. Di kedai ini aku bertemu dengan ramai kawan. Mereka dikenali sebagai dengan nama Pintar, Gaya, Robotik, Sani dan sebagainya lagi Kami dipamerkan kepada orang ramai. Suatu hari, seorang pemuda membelek - belek badanku. Dia berminat terhadap aku. Dia bertanyakan harga kepada tuan kedai. Akhirnya dia membeli aku dengan harga RM 30000. Aku dibawa pulang ke rumahnya.                                                                                                         Pemuda ini seorang pelajar universiti. Aku dipasangkan internet. Setiap hari tuan aku akan menggunakan aku untuk melayari internet. Aku juga digunakan untuk menaip tugasan.                                                                                                             Aku bersyukur kerana begitu disayangi oleh    tuan aku. Aku dibawa ke kuliah, ke perpustakaan dan ke mana saja dia pergi. Aku dijaga dengan begitu baik. Aku amat berbangga kerana dapat berbakti kepada tuan aku.                                                                                                                     Empat tahun berlalu, tuan aku telah tamat pengajiannya. Aku telah diserahkan kepada adiknya. Setelah mendapat pekerjaan, tuan aku membeli sebuah komputer riba yang baharu dan lebih canggih daripada aku. Aku disimpan dan jarang digunakan lagi. Aku berasa amat sedih.                                    
 

Submit a comment:

Name