Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Alam Sekitar Bersih, Tanggungjawab Kita, by Zhu Zhu
Contoh Karangan UPSR
Name:Zhu Zhu
Title:Alam Sekitar Bersih, Tanggungjawab Kita
2009-03-14 21:33
     TIada pihak yang dapat menafikan bahawa krisis pencemaran alam sekitar kini semakin meruncing. Oleh itu, langkah yang benar-benar berkesan untuk menangani dan membendungnya perlu dijalankan dengan segera.

     Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menggubal undang-undang, dan melancarkan kempen-kempen agar dapat menyedarkan orang ramai dalam hal ini. Pihak-pihak yang mencemari alam sekitar perlu dihukum.

     Tanpa penglibbatan masyarakat, usaha kerajaan tidak akan mendatangkan hasil. Sebenarnya, masyarakat yang menentukan keberkesanan kebersihan alam sekitar. Tindakan yang diambil oleh kerajaan harus kita sokong.

     Banyak cara dapat dilakukan untuk meningkatkan kefahaman dan keprihatian terhadap alam sekitar dan mengambil bahagian dalam kempen atau aktiviti serta mematuhi undang-undang. Masyarakat boleh mengurangkan pencemaran dengan mengubah cara hidup mereka, umpamanya berkongsi kereta atau berbasikal.

     Kita seharusnya sedar bahawa kitalah yang menentukan masa depan alam sekitar. Peranan yang kita main adalah paling berkesan untuk membendung pencemaran yang berlaku.
 

Submit a comment:

Name