Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Gotong Royong, by Nur Nabila Huda
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Nur Nabila Huda
Title:Faedah Gotong Royong
2010-07-08 02:06
        Gotong Royong bermaksud melakukan sesuatu kerja secara beramai-ramai dan bersama-sama tanpa merima upah.Contoh aktiviti Gotong Royong yang sering diadakan ialah ,membersihkan kawasan perumahan,sekolah dan sebagainya.

        Banyak faedah akan diperoleh daripada amalan ini.Apabila kita melakukan sesuatu kerja secara gotong royong,kerja yang berat akan menjadi ringan.Segala kerja yang susah pula menjadi senang jika kita melakukannya secara bergotong royong.

        Bergotong royong dapat memupuk persahabatan dan mewujudkan masyarakat yang sejahtera.Bayangkan betapa amannya dunia apabila setiap masyarakat mengamalkan hidup seperti AUR DAN TEBING.Melalui amalan gotong royong,kita akan melakukan kerja bersama-sama dan secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain.

        Kerja yang dilakukan secara gotong royong dapat menjimatkan wang kerana kerja yang dilakukan adalah percuma.Selain jtu,masa juga dapat dijimatkan kerana kerja yang dilakukan bersama-sama akanlebih cepat DISIAPKAN.

        Aktiviti gotong royong wajar diteruskan dan disuburkan dalam kehidupan kemasyrakat.Hal ini kerana,banyak kebaikan yang akan dinikmati sekiranya kita mengamalkannya.
 

Submit a comment:

Name