Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah, by Thileepan
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Thileepan
Title:Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah
2010-07-07 15:08
Pada hari Sabtu, 10 November 2006, Sekolah Kebangsaan Seri Perkasa, Perak telah melangsungkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah.Majlis itu bermula seawal pukul 8.00 pagi dengan kehadiran para ibu bapa yang turut meraikan majlis.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh Pengerusi PIBG dan diikuti ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perkasa.Tepat pukul 9.30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Pakhruazi bin Mohd. Saman Dalam ucapan tersebut beliau telah menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak.

Beberapa persembahan oleh murid-murid turut dipersembahkan kepada para tetamu.Antara persembahan yang menarik ialah peresembahan dikir barat oleh murid-murid tahun 6, gesekan biola oleh murid tahun 3,adik Lutfi bin Latif dan peresembahan deklamasi sajak oleh ketua murid, saudara Azmil bin Mohammad. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.

Acara kemuncak ialah upacara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah.

Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para jemputan dan tetamu dijemput menikmati juadah sejerus majlis ini berakhir. Diharapkan agar majlis seperti ini menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.                
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name