Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Lawatan Ke Pameran Buku, by Nurul Syahirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nurul Syahirah
Title:Lawatan Ke Pameran Buku
2010-07-04 01:51
Pada cuti penggal yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sri Puteri telah mengadakan lawatan ke pameran buku. Seramai 30 orang murid Tahun Enam dan 10 orang guru turut serta. Kami ke sana menaiki bas yang telah ditempah oleh guru. Pameran buku itu diadakan di PWTC, Kuala Lumpur.

         Tujuan buku itu diadakan adalah untuk menjual buku dengan harga yang murah. Terdapat pelbagai buku yang dijual. Antaranya, buku rujukan UPSR, PMR, SPM, buku cerita,buku latihan dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai novel di gerai buku PTS.

         Sehari sebelum ke pameran buku, guru kami meminta wang pendaftaran kepada sesiapa yang ingin turut serta sebanyak RM 10. Kami harus membawa wang sendiri jika hendak membeli buku. Apabila tiba disana keadaan riuh-rendah.

         Terdapat pelbagai pertandingan yang dapat disertai. Contohnya teka silang kata,kuiz, sajak, mewarna poster dan melukis poster. beberapa orang murid sekolah kami turut serta dalam pertandingan itu termasuk saya. Saya mengambil bahagian dalam pertandingan melukis poster.

         Selepas beberapa jam, keputusan diumumkan. Saya telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan melukis poster. Saya mendapat hadiah set alat tulis, set buku rujukan dan buku latihan sumbangan Sasbadi dan set kamus.

         Pada jam 6.00 petang, kami pulang ke rumah. Walaupun letih tetapi kami berasa cukup gembira. Saya berharap pameran buku itu akan diteruskan pada tahun hadapan dan seterusnya.
 

Submit a comment:

Name