Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Bergotong - Royong, by Nura Fasseera
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nura Fasseera
Title:Faedah Bergotong - Royong
2010-07-02 22:51
     Menurut kamus,gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau membuat kerja bersama-sama atau beramai-ramai.Amalan bergotong-royong banyak memberikan faedah kepada kita.

     Faedah bergotong-royong ialah dapat menjimatkan masa,tenaga dan kos.Sesuatu pekerjaan itu dapat di jalankankan dengan cepat dan mudah.Contohnya ialah membina jambatan,membina bangunan,balai raya dan majlis perkahwinan.

     Selain itu,bergotong-royong juga dapat mengeratkan hubungan sillaturahim antara kaum dan boleh mewujudkan persefahaman di kalangan masyarakat.Bak kata pepatah "muafakat membawa berkat".

     Seterusnya,bergotong-royong boleh menjadikan sesuatu pekerjaan yang susah menjadi senang. Bak kata pepatah "berat sama dipikul ringan sama dijinjing".Bergotong-royong juga boleh mewujudkan suasana harmoni dan saling hormati.

     Di samping itu,bergotong-royong boleh mencegah gejala sosial seperti melepak,merokok dan dadah.Ini kerana bergtong-royong ialah amalan yang baik iaitu kita bergaul dengan orang ramai.Selain itu juga,bergotong royong boleh mencegah penyakit demam denggi,Contohnya apabila kita bergotong-royong membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes.

     Akhir sekali, sesungguhnya bergotong-royong banyak faedah kepada sebuah masyarakat.Bergotong-royong patutlah diteruskan    sama ada di kampung atau di bandar.Budaya bergotong-royonng tidak patut dibiarkan luput sekalipun dalam arus kemajuan yang semakin pesat.
 

Submit a comment:

Name